Salam Nuzul Quran


Assalamualaikum

MENGINGATI NUZUL QURAN

AL-QURAN ITU TIDAK MENYUKARKAN , SEBALIKNYA SUATU PETUNJUK UNTUK KITA.

Firman Allah Taala:
مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ

We have not revealed the Quran to you that you may be unsuccessful.
Surah Taha 20/ Ayat 2

Maknanya:

"Kami tidak menurunkan al - Quran kepada mu (wahai Muhammad) supaya kamu menanggung kesusahan."

Allah mengatakan bahawa Dia  menurunkan al-Quran itu kepada Nabi Muhammad Saw supaya baginda  tidak menjadi susah ketika menghadapi kesukaran berdialog dengan mereka yang sesat lagi sombong ;
agar tidak pula bersedih hati sekiranya orang Quraisy itu tidak mahu beriman. Allah menurunkan al-Quran supaya ianya disampaikan sebagai peringatan dan tugas itu telah dijalankan oleh baginda Nabi Saw dengan baik. Justeru itu Rasulullah tidak dikira berdosa meskipun mereka tidak beriman.

Sesungguhnya barang siapa yang beriman dan beramal salih, maka keuntungan untuk dirinya sendiri; barang siapa yang kafir, kekufuran itu tidak menjadikan Rasulullah  bersedih hati kerana tugas baginda hanya menyampaikan ajaran TuhanNya. 

Rasulullah tidak berupaya mendatang hidayat kepada mereka yang sesat itu.

Jubair mengatakan dari adh-Dhahhak, begitu Allah menurunkan al-Quran kepada RasulNya, maka baginda dan para sahabat terus mengamalkannya. Tetapi orang kafir musyrik mengatakan, al-Quran itu diturunkan kepada Muhammad tidak lain maksudnya kecuali  dia akan menjadi susah. 

Maka tujuan ayat diatas diturunkan  adalah bagi menyanggah pendapat mereka itu.

Sebaliknya Rasulullah sendiri ada bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Muawiyah, bermaksud: "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah mendapat kebaikan, maka Allah memahamkannya dalam agama."

Qatadah dalam menghuraikan ayat yang sama diatas mengatakan: "Tidak, demi Allah, Allah tidak menjadikannya sebagai sesuatu yang menyusahkan, tetapi menjadikannya sebagai rahmat, cahaya dan petunjuk kesyurga."

Sesungguhnya Allah menurunkan kitab al-Quran dan mengutuskan RasulNya sebagai rahmat sekalian alam, agar mereka dapat mengambil pelajaran dan manfaat dari Kitab itu. Sebabnya, al-Quran itu sebagai petunjuk dari Allah yang turut dijelaskan apa yang dihalalkan dan juga yang diharamkanNya.

Kepada semua hamba2Nya tujuan Allah memerintah mereka mematuhi ajaran al-Quran bukanlah bertujuan untuk mendapat kesusahan sehinggakan terlalu berat untuk mereka mengamalkannya. 

Taklif2 (atau tanggung-jawab )yang difardhukan kepada mereka tidak ada suatu pun diluar keupayaan dan fitrah manusia sendiri. Allah Swt yang menjadikan manusia, maka Dia Maha Mengetahui setakat manakah kemampuan manusia itu.

Persoalannya kenapakah ramai yang telah mengaku Islam dan beriman itu, amat sukar hendak melaksanakan ajaran Islam ini secara syumul seperti yang firman Allah yang bermaksud: " Hai orang2 yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan dan jangan kamu turuti langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata." Al-Baqarah 2/ Ayat 208.

Allah sendiri telah menegaskan sekiranya manusia itu tidak menerima al-Quran sepenuhnya bererti ia memberikan ruang kepada syaitan memenuhi rongga2  yang kosong itu didalam jiwa dan mindanya.

Apakah manusia  yang mengaku beriman memilih untuk mengutamakan syaitan dan hawa nafsu mereka lebih utama dari pedoman al-Quran dan RasulNya?

Ingatlahbahawa amalan2 yang tidak berteraskan al-Quran dah hadith2 Rasullah yang sahih, semuanya akan ditolak Allah Swt dan menjadi amal mereka  sia-sia belaka disisiNya diakhirat kelak.

Apakah kita hendak menjadi orang yang rugi di Hari Perhitungan nanti?

Kembalilah dan beramallah dengan berpaksikan  ajaran2 al-Quran sepenuhnya .


Wallahua'lam

Rujukan:
Sahih Tafsir Ibnu Katsir- Jilid 5.
Tafsir Al-Maraghiy - Jilid 7.
Tafsir Fi Zilal Quran Sayyid Qutb -Jilid 10.

Kongsi2kanlah Seramai Mungkin !
Wassalam,
Ir Ezwan

p/s: lama tak update blog.. ermm, pengkongsian yang baik mungkin (copy-paste je) Salam Ramadhan :)


Comments

Popular posts from this blog

jimat tapi Mewah dalam Majlis Pertunangan

10 Tempat Free di Langkawi

Korean food in kuantan