12 hari di RUMAH



Assalamualaikum,

apa khabar? hope semuanya baik-baik sahaja ye. Alhamdulillah :)
hurm, esok ( 01 january 2014) kena balik penang dah. Sob2 rasa sekejap pula cuti.hee padahal dapat 12hari cuti kot. xcukup2 ke? ish3. macam mana nak dapat mood bekerja balik eyh? bagi tips sikit boleh?hehe

hurmmm, 12 hari CUTI? cik nurel buat apa ya?


1) Pulang ke Kuala Lumpur


Cik nurel balik KL naik train woi..hehe 1st time dari penang ke KL naik train. so apa perasaan anda ya?
SANGAT excited!haha tapi takut pun ada. nasib la dapat partner perempuan. syukur alhamdulillah. dalam train tu takde merayap memane pun, sebab penat.haha balik kerja je siap2  p butterworth. lena je aku dalam train tu, tau2 terjaga kat sungai buloh dah.hee malam tu malam bufday cik nurel ( 21hb 12) orang kol wish pun tak sedar, sebab nyenyak sangat tido dalam train tu. BEST sangat tilam die.haha 


 
ada TV, aircond, kipas, sinki dan sedikit snaks.hee

2) celebrate bufday!

Alhamdulillah, i'm officially 22 years old.hehe TUA dah ke eyh? tidak.tidak.tidak hihi
semoga menjadi anak yang solehah, jadi orang berguna, panjang umur dan dimurahkan rezeki.Amin
Thanks pada sume yang wish ya! :)

* 1st time dapat bunga! OMG!! thanks to him ;) #LotsofLOVE *

3) Overnite KL

Masa untuk bawa adik2 jalan-jalan / overnite di KL. ish3 tapi.tapi.tapi Abang bam ikut sama tau, yela kami kan perempuan. bahaya jugak keluar malam2 kan? so, start kul 12 kami p DOWNTOWN cheras, lama jugak tak jalan2 situ, maklum la duk penang dah kan? nieyh bukan setakat window shopping je, sempat la di 'pow' budak kecik tu.huhu Lepas abis window shopping sampai 1.30am kami p dataran merdeka pula. tengok2 lampu dan berlari anak2 kat padang tuh. HUH! sungguh keanak-anakkan, lepastuh p KLCC, ingat kan leh la tangkap picca, malangnya lampu bangunan KLCC tu tutup, saving current katanya. SOB3 seterusnya kami p PV aka pavilion. ada apa eyh kat sana? hurm, tapi macam best jugak p PV malam2, leh posing2.hee *peace*

* posing sana-sini *

4) Cameron Highland

Yeay! we have a short vacation between siblings! #happy 
*terharu abang haris bawa kami jalan-jalan sini* hihi

 

hah! tu die shopping sakan habaq hang!hehe

5) Kenduri Kawin Sepupu


our big family.hehe nieyh belum semua yang hadir! rasa2 nya kalau wedding nanti jemput sedara-mara pun dah ramai dah. Tapi best, family ramai :)


anak sepupu baru saya!hee COMEL :)



dengan mama tersayang <3

sekian,

p/s: esok dah masuk tahun baru masihi, apa azam anda? 

mari berzikir!

Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir
Maha Mulia, Maha Pemaksa, Maha Besar

Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir
Maha Mulia, Maha Pemaksa, Maha Besar

Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir
Maha Mulia, Maha Pemaksa, Maha Besar

DONE! Salam Selasa

zikir nieyh boleh melembutkan hati kita atau seseorang, caranya? - baca 3 kali, hembuskan di telapak tangan anda dan letakkan di dada. Mari buat dan amalkan selalu! insyaAllah, lembut hati. amin :) *tips*

#jaga diri.jaga iman.jaga hati 






Comments

Popular posts from this blog

jimat tapi Mewah dalam Majlis Pertunangan

10 Tempat Free di Langkawi

Korean food in kuantan