schokolade cheese cake!
hai2.. eh assalamualaikum w.b.r
lame betul tak update blog kan?sOb3 sejak akhir2 nieyh ich bin sehr2 beschäftigt la beb..hehe
pe bende aku cakap nieyh? maksudnya saya sangat2 la sibuk.huhu
bulan march lalu banyak sangat dugaan yang datang,
tambah2 lagi assignment n project yang berlambak2..huhu
hope Allah permudahkan. aminn..
TAPI ada jugak perkara yang tak disangka terjadi..
dan semestilah ia berita GEMBIRA.hihi
Alhamdulillah. syukur Ya Rabb~
then cuti mid sem aritu aku bercadang nak mengukus kek.hihi
boleh ke aku buat nieyh? first time kOttt!!!haha
so pe lagi moh ler kita buat.
sebelum tuh meh kita tengok bahan-bahannya! :)
KEK COKLAT KEJU KUKUS
Bahan-bahan : aku guna loyang 8x8x3
resepi : DayangJack
so untuk Lapisan Coklat :
170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
3 biji telur gred B
220g gula kastor
45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju : ~ k.nor buat 1/2 dr adunan ni
600g krim keju (pada suhu bilik)
2 biji telur
120g gula kastor
1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
4 sudu makan tepung gandum
Cara membuat :
Lapisan Coklat :
Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.
Lapisan Keju :
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.
Cara mengukus :
Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.
nyum3..
tengok bahan pun da terliur kan?hoho
jadi nak tahu terliur ke tak?
moh ler kite mengukus. :)
da nak start mengukus. =) |
Kenapa jadi lagu tu?hoho |
Hasilnya~ HAPPY BIRTHDAY ayah.hee kebetulan bufday ayah ritu :'( |
ayah saya~ lUrve u moreeeeeeeee ayah! ♥ ♥ ♥ |
zikir jum ♥
SubhanAllah
Alhamdulillah
Allahuakbar
ok DONE! Salam isnin!
#jaga diri.jaga iman. jaga hati
p/s: next week nak balik umah.hehe xsabar3.. nak p holiday!! yang penting nak pergi mengundi.hihi
jangan xmengundi tau2! :)
sumber : shokolade cheese cake!
Comments
Post a Comment