Alhamdulillah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
semalam result aku untuk sem 5 dah keluar!!
ya Allah bertapa gugupnye jantung nieyh..huhu
mane taknye setiap saat pegi check course results tuh
nie je keluar..ish3
seterusnya bacaan ketika Sujud Syukur
semalam result aku untuk sem 5 dah keluar!!
ya Allah bertapa gugupnye jantung nieyh..huhu
mane taknye setiap saat pegi check course results tuh
nie je keluar..ish3
punya lah eksaited nak check result kan?hahaha
selepas 20minit kemudian boleh la nak check result.
so macam mane dengan result aku? hurm2..
Loading
Loading
Loading
lalalala
sebelum tuh tutup mata dulu!huhu nervous2
bismillah
tada~
Alhamdulillah aku PASS!!!
Terima kasih ya Allah.
syukur!huhu
sebut pasal syukur nieyh, aku nak kongsikan serba sikit tentang Sujud Syukur!
Bagaimana Sujud Syukur nie dilakukan?
okay sebelum tuh, aku terangkan serba sikit tentang
Sujud Syukur.
Sujud Syukur nie dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih kita keatas nikmat Allah Subhanahu wa Ta'ala ataupun apabila mendengar/ melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas daripada bencana/ malapetaka.
Cara melakukannya ialah dengan sujud sekali sahaja dan dilakukan di luar solat.
sebelum itu terdapat syarat2nye iaitu:
- Berwuduk
- Berdiri menghadap kiblat.
- Berniat. “ Sengaja daku sujud syukur kerana Allah Taala”.
- Takbiratul-ihram.
- Bersujud menyentuh bumi atau lantai.
- Dengan sekali sujud sahaja.
- Bertakbir seiring bangun dari sujud.
- Memberi salam.
seterusnya bacaan ketika Sujud Syukur
Subhanakallahumma Anta Rabbiy haq-qan haqqa, sajadtu laka yaa Rabbi ta-’abbudan wa riqqa. Allahumma inna ‘amali dha’ifun fadha’i liy. Allahumma qini ‘adzaabaka yawma tub’atsu’ ibaaduka wa tub ‘alayya innaka antat tawwabur Rahim.
ertinya: “Maha Suci Dikau, Ya Allah! Dikaulah Tuhanku yang sebenarnya, daku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah! Sesungguhnya amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah! Selamatkan daku dari siksa-Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku; Sesungguhnya Dikau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang!”
Atau
Kita boleh juga membaca tasbih pada Sujud Syukur ini sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’:
Sa-ja-da waj-Hi-ya lil-la-dziy kho-la-qo-hu wa-shaw-wa-ra-Hu wa-syaq-qo sam-’a-Hu wa-ba-sho-ro-Hu bi-hau-li-hi wa-quw-wa-ti-Hi fa-ta-baa-ro-kaL Laa-Hu ah-san-ul khoo-li-qiyn .
ertinya:“Daku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, memberikan pendengaranku dan penglihatanku dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.”
Alhamdulillah...
mesti dah faham serba sikit tentang Sujud Syukur nie kan?
Semoga lepas ni kita boleh amalkan sama-sama ya! =)
Lets take 5 seconds to zikir ♥
ok DONE! Salam Khamis!
NO Valentine!
YES Palestine!
(◕‿◕)
#jaga diri.jaga iman. jaga hati
p/s: zikir nie mudah untuk meluruhkan hati-hati yang keras lagi ego.huhu meh amalkan sama-sama.
Oh ya, next week da start kuliah. kembali focus! chayuk2
sumber : Sujud Syukur
Comments
Post a Comment