meredakan marah dengan baca Ta’awwuz


bismillah. Assalamualaikum (◕‿◕)


mesti diantara kita yang mempunyai sifat marah nieyh kan.? 
iye aku pun mengaku memiliki sifat pemarah nieyh.
astaghfirullahaladzim (aku memohon ampun ya Allah Yang Maha Agung) 
cuma bezanya,tahap kemarahnya sahaja samada boleh dikawal atau tidak.
oleh itu, pada petang yang mulia nieyh aku nak kongsikan bahawa dengan 
membaca ta'awwuz kita dapat meredakan perasaan amarah kita tu.
hopefully ia berkesan dan berharap kita semua dijauhi sifat2 mazmumah ini amin ya Rabb.



Maksud Ta’awwuz?

Ta’awwuz adalah ucapan "A'uzubillahi minas Syaitonir Rajim"
(أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) 
yang bermaksud aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Ta'awwuz ini juga biasa diucapkan sebelum kita membaca ‘Bismillah’ apabila kita hendak membuat sesuatu,
kerana dengan bacaannye ia akan membersihkan lidah kita daripada kotoran yang dibawa oleh syaitan.



Apakah kaitan Ta’awwuz ini dengan perasaan marah?

Salah satu fadilat dan khasiat Ta’awwuz ini adalah ia dapat menghilangkan perasaan marah.
malah Rasulullah SAW juga bersabda:

"sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata(baca),
A'uzubillahi minas Syaitonir Rajim(aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya" -riwayat Bukhari dan Muslim


Untuk pengetahuan anda, hukum membaca Ta’awwuz itu adalah sunat ye kawan2 dan ia juga adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. 
tapi masa bila kita boleh mempraktikannya?


1.Bertawakal Kepada Allah SWT

Kita juga disunatkan membaca ‘Doa Ta’awwuz’ ini didalam setiap raka’at solat, begitu juga ketika hendak membaca Al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Apabila engkau membaca Al Quran, maka ucapkanlah ” A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim.” 
"Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang-orang beriman yang bertawakkal kepada Allah.” ( An Nahl : 98 – 99)

Mengikut pengertian daripada ayat di atas, jelaslah kita bahawa dengan Ta’awwuz ini menjadi salah satu cara untuk kita bertawakal kepada Allah SWT.


2. Penyapu Al-Quran

Diterangkan oleh Ibnu Abbas r.a. : 

“Kebesaran Al Quran itu dengan A’uzubillahi minas syaitonir Rajim
dan pembukaan Al Quran itu dengan Bismillahirrahmanirrahim.”

malah ulama' juga berkata bahawa A’uzu itu adalah seperti penyapu Al Quran. Maka setiap orang yang hendak membaca Al Quran itu, perlulah menyapu hatinya dari segala keraguan dan was-was. Akhir sekali Al Hassan bin Abi Tolib berkata:

“Sesiapa yang membaca “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim “ itu, maka tidak ada jalan Syaitan yang boleh menggodanya.”

Sekian.


 jum sama2 kita berselawat keatas junjungan nabi muhammad SAW


okay DONE! Salam Maulidur Rasul! 

p/s: hari2 selawat lagi bagus kan? (◕‿-) ♥
#jaga diri.jaga iman.jaga hati



Comments

Popular posts from this blog

jimat tapi Mewah dalam Majlis Pertunangan

10 Tempat Free di Langkawi

Baju Nikah untuk di Sewa Kajang