Salam Nuzul Quran
Assalamualaikum MENGINGATI NUZUL QURAN AL-QURAN ITU TIDAK MENYUKARKAN , SEBALIKNYA SUATU PETUNJUK UNTUK KITA. Firman Allah Taala: مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ We have not revealed the Quran to you that you may be unsuccessful. Surah Taha 20/ Ayat 2 Maknanya: "Kami tidak menurunkan al - Quran kepada mu (wahai Muhammad) supaya kamu menanggung kesusahan." Allah mengatakan bahawa Dia menurunkan al-Quran itu kepada Nabi Muhammad Saw supaya baginda tidak menjadi susah ketika menghadapi kesukaran berdialog dengan mereka yang sesat lagi sombong ; agar tidak pula bersedih hati sekiranya orang Quraisy itu tidak mahu beriman. Allah menurunkan al-Quran supaya ianya disampaikan sebagai peringatan dan tugas itu telah dijalankan oleh baginda Nabi Saw dengan baik. Justeru itu Rasulullah tidak dikira berdosa meskipun mereka tidak beriman. Sesungguhnya barang siapa yang beriman dan beramal salih, maka keuntungan untuk dirinya sendiri; ...